Translate

Wednesday, February 18, 2015

Damailah di sana T_T

Assalamualaikum!

>>Coretan buat kenangan<<

Penghujung Dec'14 sekitar date 26hb terbekenalan dengan seorang kakak di dalam FB yang amat perihatin.  Syukur, masih ada insan sebegini di dunia ini, beruasaha sendirian membantu insan2 lain yang memerlukan..dia bukan seorang NGO tapi lebih bergerak bersendirian bersama a few rakan2 yang menyokong dari belakang.
carian di google
Permulaan saya mengenali siapa arwah Adik Fatini, wajah inilah yang saya tatap.
Kelihatan biasa2 saja budaknya, cantik and sweet pada pandangan mata saya.
Sewaktu ni saya x tahu pon arwah ada kanser tulang yang pastinya saya tahu arwah ni x boleh duduk lama, kena pakai stroller jika perlu berjalan jauh, dipikiran saya...sayang, rupanya adik ni OKU, maybe tulang belakang x mampu support tu pasal dia x boleh jalan.  Hari2 berikutnya baru saya dapat tahu, dia menggunakan morfin untuk menggurangkan kesakitan yang ditanggung so saya mula berpikir...kenapa perlu pakai morfin?? sakit ape dia sebenarnya dan bermulalah saya memfollow cerita arwah di wall kak pah.
Luluh hati saya bila dapat tahu arwah menghidap cancer tulang stage 4, sewaktu sihatnya arwah adalah di antara atlit/aktif bersukan di sekolah.

Di kala itu arwah ada menyatakan keinginannya untuk memiliki sebuah jam tangan hello kitty berwarna merah spek mata hitam pada kak pah.
Sebuah keinginan seorang anak, permintaan beliau menyentuh naluri keibuan saya.  Dan saya dalam sedu berusaha memenuhi impian arwah malang sekali, sukarnya mencari jam seperti yang diingini, puas memesan pada kawan2 yang berada di KL and luar KL hingga ke Borneo pon saya minta mereka carikan tetapi HAMPA jawapan yang saya terima =(
Saya cuma mampu membelikan 2 utas jam tangan hello kitty berwana merah tapi xde pakai spek mata hitam.

Kemudian kak pah memuat naik gambar di bawah ni.
Syahdunya hati melihat, mummy di sini hanya mampu berdoa buat mu sayang.   
Tumor nampak kecil di luar hakikatnya di dalam x-ray adalah seperti berikut.

Result x-ray (dari hasil kongsian kak Pah)
Sungguh tak disangka...luaran nampak biasa2 aja tapi dalaman..hmm padanlah arwah memerlukan morfin untuk menggurangkan kesakitan.
Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul... besar dugaan mu dik.

Permintaan ke-2 arwah, nak makan cendol, nak makan coklat Ferrero Rocher dan a few permintaan yang lain yang mana hanya dapat dipenuhi di sekitar Kedah.
Bila baca permintaan beliau, sendu bertandang kembali... syahdunya hati kalau anak ku diduga sebegini rupa...

Ferrero Rocher
Sekali lagi ku diuji...3 tempat supermarket kehabisan coklat ni, sangat x munasabah...kalau x nak tu, kemain belambak2 kekadang depan kaunter pon boleh jumpa, bila nak tu..dan2 xder stok pula.
So shopping mall ke-4 baru saya jumpa tapi ini je size yang paling besar yang ada stok yang dalam packaging box plastic tu xder pula so redha dengan dugaan ni, kite beli and post tapi saya berpesan kak pah, maaf x dapat tunaikan permintaan nak cendol tu, memang sekitar Shah Alam tu kalau x silap sek.16 kot ada cendol yang sedap but how to post ke Kedah nuu, basi nanti... kak pah cakap xperlah dia pon paham...haq tu jangan risau katanya..lega hatiku.
My tshirt and coklat di dalamnya=)
Alhamdulillah finally sampai gak coklat tu pada arwah, semoga happy menjamahnya ye sayang!.

Sebenarnya entry ni lama dah tersimpan dalam draf x tahulah kenapa sukar sangat untuk aku publish kan.. ketika entry ni aku buat sekitar awal Jan yang lalu, waktu tu kak Pah membuka dana untuk arwah adik Tini, sepatutnya entry adalah untuk menyampaikan dan mengajak rakan2 maya saya menderma serba sedikit untuk arwah yang memerlukan tapi sekarang entry ni saya ubah untuk memori saya di kemudian hari.
Saya x kuat untuk mengpublishkan entry dana ini... i'm so sorry.

Di akhir kata...
Janji Allah itu pasti, tidak akan lewat atau awal walau sesaat pon.
Al- Fatihah untuk arwah adik Ainul Fatini Binti Zamri.
Semoga tenang dan bahagia di sana sayang ku.
Antara gambar terakhir arwah yang kak Pah sharekan di wall beliau.
Laptop pemberian daripada orang kenamaan, gelang Pandora tu from Japan ke UK ke but it's from oversea kiriman rakan2/follower kak Pah di sana.
Alhamdulillah, terharu rasanya melihat perihatinya mama papa di luar sana memenuhi impian arwah di kala hidupnya, semoga kite ikhlas dalam ape yang telah kite semua sumbangkan, sama ada materials atau usaha mahupon doa dari kalian semua.

Thanks kak Pah, mengenali mu seketika banyak merubah kehidupan ku, menjadikan aku seorang yang lebih menghargai dan mengsyukuri ape yang aku miliki walaupon hakikatnya milikan itu adalah sementara di dunia ini sahaja dan semuanya adalah milik Allah Yang Esa.

Al-Fatihah 

 Thanks for visiting =D Ok babai.

Tuesday, February 17, 2015

Iman gunting rambut ke-2 kalinya =D

Assalamualaikum!

Permulaan tahun 2015..tahun baru so of cause anak2 berwajah baru, nak masuk sekolah kan. HEHEHE so moh ler trim rambut anak2, mak tumpang sekaki trim/ cuci rambut gak.

Sambil2 mak cuci rambut si bujang sulong dia siap trim rambut, nk kali pertama kot depa ni ke salon sebab biasa apaknya yang gunting kat rumah... apaknya busy so mak anto saloon je senang.

Owh!! penuh gaya mamat ni potong rambut. HIHIHI.
Banyak songeh and banyak komplain sabar jelah.


Iman
OMG!! si comel ni boleh duduk diam2 je kat kerusi, terkejut mak sebab 1st time ke saloon ari tu dia macam kene dera.. meh korang tengok kat [SINI] kompom korang gelak =p

Good girl my dear.
Nyonya tu tersalah potong so tersontot rambut anak ku makanya bila trim bertambah pendek =(

Iman berwajah baru
Daddy complain...hodoh anak dara dia =(
sorry, xper 4-5m karang panjang balik ler tuh rambut tu.
Daddy complaint dah macam boy rambut anak dia. HIHIHI dah tersilap gunting sebab Iman bergerak.  Ape pon...hebat Iman, x nangis dah...

Thanks for visiting =D 
Ok babai.

Monday, February 16, 2015

Duka pagi isnin =(

Assalamualaikum!

Tenung gambar budak ni kejap...

Pagi tadi memanglah menduga lagi kesabaran seorang mak beranak 3.
Satu kepelikkan, anak no 2 ni memang perangainya masyaallah hebat ke?? Anak2 korang macam mana?? sama tak?? ada masanya sampai rasa bermasalah nak mendidik si anak dalam kehidupan seharian...

Pagi tadi kesabaran mak direntap2 dengan perangai jadi2an budak sorang ni, syukurlah setakad ni sorang je perangai macam ni, kalau tambah lagi sorang alamat mak cepat jadi tuo. HIKHIKHIK

Seawal pagi dia dah buat perangai, bila gerak bangun pagi x nak bangun. mak senang je, 5x mak gerak x bangun2 mak pass baton ke apaknya.  Lepas tu masak le ko kene silat kene lipat dek apaknya. Muahaha, mak busy kejarkan anak sulong nak ke sekolah sebab van sampai 6.30 pagi, mak gerak sama rasa sama kasih...5.30-5.45am kene bangun masuk jam 6.16pm mak x nak heran dah. 

Dah bangun tu kenelah nasyid sampai 1 taman dengar suara lunak merdu dia tu...xde irama langsung. kadang2 sambil mandi pon nangis x reda gak tu.  Lantakkan, mak nak cepat kejar masa, x kuasa nak pujuk2 dah. HIHIHI

Selesai hantar si abang naik van, mak siap2 nak ke office pula, dah pesan kat apaknya dia hantar,  Last minute mak gak kene hantar sebab dia nak makn hantar, ok je time masuk kereta tu...dah sampai depan pintu sekolah aleh2 dia x nak masuk sekolah, boley gitu??

Jam menunjukkan jam 7am, owh jalan makin sesak..so dah pujuk punya pujuk x makan SAMAN.  Baik, mak x tunggu lama call apaknya, alamak...apaknya dh lepas simpang tadika.
Apaknya pesan angkat je dia pi masuk kelas. Amboi, dengan kuasa badang...mak angkat gak anak mak tapi lelah gaklahkan sebab budak lelaki taulah kalau merempan camne HIHIHI.

Mak dah bersilat bertaichi beryoga bagai kat situ,KIKIKI x menjadi gak... ambil shortcut leave him alone kat luar pintu sekolah, menangislah budak tu...aku buat x tau...hati kering walaupon melting sebenarnya tengok anak macam tu, x sampai hujung jalan aku buat u-turn saja nak tgk dia pi masuk sekolah x... walaupon sekolah tu kawasan berpagar and ada guard tetap gak risau anak kene colek. HIKHIKHIK...

Saja bawa kereta di dereta parking kereta, amboi...gigih dia terpacak depan pagar sekolah x nak masuk boleh?? aku ingat aku blah macam tu dia takut terus lari masuk. Meleset rupanya. Sudahnya aku pon parking kereta, nak ke dia aleh2 apaknya parking depan dia..apaknya dokong je dia masuk kelas. HAHAHA, nampak tak...bila badang sebenar beraksi ^_^.

Keras hati naw anak ke-2 ni, mak aku cakap..anak aku kurang perhatian dan kasih sayang. Baik..ape dia nak semua aku bagi, kalau time bercakap tu...dia mesti prioriti bagi laporan.
Kalau pasal bergusti rebut barang dia juara gak, sebab mak malas nak dengar gaduh2 ni so suh si abang mengalah kekadang memang kesian dah nak ku apekan, x mau dengar nasihat.

Back to story si anak tadi, hmm dah apaknya dokong, lama gak aku tunggu dalam kereta yer arr apaknya dengan x matikan ejin kereta pastu menonong gitu je settle anak punya hal kot kene rembat kan naya..aku call dia x jawap so soheh dia tinggal hp dalam kereta.

Lama baru nampak anak dengan bapak bersalaman depan pintu sekolah..elok pula cuma bersaki nangis. HUHUHU
Dah gitu, aku gerak le pi office kan...alhamdulillah jalan x jem sangat so sampai awal gak kat office.
Otw ke office kene soal siasat dek apaknya, dia cakap anaknya cakap ada buku x siap kerja rumah. What?? terkejut mak HAHAHA padahal mak salah gak sebab x tengok buku homework dia sebabnya dia dah lama x gi kelas. last week seminggu sehari je dia pi sekolah aku pikir xdelah kerja sekolah bila ku tanya jumaat sabtu tu homework ada tak dia cakap ada tapi dah siap buat kat rumah ibu.

Hari sabtu tu dia siap buat buku latihan yang kat rumah punya so memang aku dengan kompidennya dia dah siap homework sebab dia rajin nak buat buku aktivi rumah yang aku sediakan.
Poor to me, to believe anak macam tu je =(

Now yang jadi masalah pada mak adalah, ngape dia lepas demam last 2 weeks tetiba x nak ke sekolah.
Malam tadi otw balik dari berjalan2 dari OU, aku pon tanya dia.. 
M: Aryan, ngape x suka gi sekolah ye? cuba cakap dengan mummy nape? <>>
last week dia cakap dia ngantuk (oklah sebab malam tu lewat tidor so consider x cukup tidor)
M: Aryan, cuba cakap..nape x suka gi sekolah tu?? (ni suara ok je, xde rasa nak marah pon cuma nak tau ape punca dia x nak ke sekolah...PELIK!)
Tetiba dia start nangis...argh sudah, start drama dah...
(BEST AWARD UTK PELAKON DRAMA/FILEM BERSIRI AIRMATA)
M: Aryan, mummy tanya ni..nape x suka sekolah tu?? Sekolah tu x cukup mahal ke? x cukup hebat ke? sampai x nak sekolah cuba cakap. Ke aryan nak gi sekolah lain???
A: dalam sedu berkata, aryan nak gi sekolah lain x nak sekolah tu.
M: Nape pula? x bagus ke sekolah tu? Aryan nak sekolah mana??
A: Aryan nak sekolah kat sekolah Irfan.
Tepuk dahi mak terus.
M: Aryan, sana sekolah orang besarlah...aryan x cukup umur mana boleh sekolah kat sekolah abang Irfan. Nanti dah cukup umur sekolah ler kat situ.
A: Teacher Wong garang.
M: Teacher garang sebab ape?? Nak kasi aryan pandaikan.. aryan pon notty mestilah teacher garang, mummy lagi garang kan?... tu tgk abang irfan tu, teacher wong garang gak tgk abang irfan bagus, hebat je dalam belajar.
(pastu berterusan drama airmata)
X koserlah mak nak layan karang banjir dalam kereta mak.

**pagi tadi apaknya tanya pon dia cakap dia x nak sekolah situ, dia nak sekolah tmpt irfan, apaknya pon explain masak umur gak, x taulah dia tu paham ke buat2 x paham... =( **

Sekolah Irfan memang ada PRA tapi utk age 6y pastu priority untuk orang susah and anak2 cikgu so memang time irfan dulu 6y dah tanya boleh sekolah PRA dia cakap x over qualification utk kategory pendapatan keluarga.  Aku stress betul.
Sambil memandu dok pikir, ape yang perlu aku buat lagi??
Perlu ke nak tukarkan dia sekolah??? Aduhai, berbelah bagi sebab silibus 5y kat sekolah tu lancarkan bacaan, ejaan and kira2 ... sila deep thinking ye mummy suzy...

Ok nak sambung buat kerja..x boleh fokus kalau pikir pasal anak2 kat office.



 Thanks for visiting =D 
Ok babai.

Happy Birthday Abah & Iman!!

Assalamualaikum!

Pembukaan tahun baru... yeah!! habis dah berpantang entry pasal birthday so Feb ni pembuka bicara pasal birthday.
Yang menyambut ulang tahun kelahiran utk Feb adalah my hero..Abah dengan my angle, Iman my sweetipies ^_^

So alang2 dah beli kek utk abah so kite sambut sekali sape2 yang ado lahir bulan Feb ye rupanya the only 2 dalam our family. HEHEHE
Jom layan.
Abah punya kek, aku buat capion Febrian's sebab selain Iman x tau sape lagi. HEHEHE

My Abah with the cucu.
Time potong kek ni Iman macam blurr2 ngapelah manusia sekeliling aku ni nyanyi2 siap suh dia tuip lilin. HAHAHA.

Lepas sambut birthday tu memalam sikit kami buat lawak...
Kami merasmikan kelambu baru ... Kelambu ni my arjuna beli time Iman dalam pantang lagi tapi sebab kat rumah kami x pakai kelambu so berkepuk jelah kelambu tu kat tepi lemari.

Balik kali ni aku dapat ilham...meh guna kelambu...sebab kat kg banyak nyamuk, hendak lagi kami tidor reramai kat hall so moh pasang kelambu. HEHEHE hamboi, adik aku siap nak beli gak sebab dia fleksible..lepas pakai boleh lipat macam kite lipat cover cermin tu so less using space ko.

Mak sekali duduk dalam tu.
Ni ler, memasing menjakun. Sabar jelah. tapi yang tidor dalam ni kami 4 beranak je...anak2 adik aku tidor luar kelambu. HEHEHE

Nampak tak?? Aryan jakun main zip pula...kejap keluar kejap masuk. sabo jelah...rimas aku jadinya. 
Seronok memasing menjakun masuk kelambu. HEHEHE

Esoknya kami balik awal sebab aku ada janji dengan customer nak hantar barang kat sg buloh.
Dah memalam sikit my mum call..macam biasalah, tanya dah sampai ke...pastu mak aku cerita, kunci kereta adik aku miss place. HAHAHA, meraban semua mencari.
macam2 hal...

Dekat midnight aku nampak adik aku post 2 keping gambar ni dalam wasap group family besar yang ada pakcik makcik sepupu sepapat semua. Uik?? depa mandi parit weih!!


Nampak tak?? anak2 buah ku termasuk adik ipar ku terjun parit weih. HAHAHA
Sib baik kami dah balik kalau tidak...maulah anak2 aku sekali terjun. HUHUHU, dah ler memasing x reti berenang, bahaya ni. HEHEHE

Sape nak merasa mandi parit?? Jom balik kg saya...free je terun parit ni, HIHIHI
Merasa pengalaman jadi orang kg =)



Thanks for visiting =D 
Ok babai.

Saturday, February 14, 2015

Memory of big Banjir !!

Assalamualaikum!

Sape yang masih terkesan dengan peristiwa banjir hujung tahun lalu angkat tangan!!
\o/ saya!! 
So dah alang2 tu meh saya share gambar2 my boss buat private misi bantuan ke sana.

No captions ye sebab saya hanya pemerhati dari jauh, sedih rasanya x dapat nak join boss membantu mana yang termampu =(

Thanks barisan ustaz2 yang sama2 bergandingan membantu dari segi memberi maklumat lokasi yang kekurangan makan etc.












Untuk donation.


speechless...


Ustaz with teams.

from my boss





agihan baju2 di bas stop


repackaging barang2 yang ingin diagihkan.  sikit sama rasa gitu












Sembang bersembang serba sedikit bertanya khabar




Semoga ramai yang melihat hikmah disebalik musibah dan dugaan yang Allah beri.
Al- fatihah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Thanks for visiting =D 
Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA