Translate

Monday, December 29, 2014

Roti Nan Cheese...1st time makan!

Assalamualaikum!
Hi korang , hari ni nak inform kat korang semua yang aku...dah merasa roti nan cheese hokey...ni semua gara2 Si Anne bersama roti nan cheese [Baca Sini] 
Hai..rasa2nya 2-3 kali gak terbaca entry dia pasal roti nan cheese sampai menimbulkan rasa, aku nak rasa gak. HIHIHI so gigihlah ku pujuk2 sang teruna, ngajak teman sang dara ni pi makan roti nan cheese.  Terasa2 kat tekak ni dah macam ko ngidam ngandung sulong tu gayanya.

One day tu, kemain tekak ni nak gak makan roti nan cheese, ajaklah sang teruna pi makan ..konon2 ajak date malam tulah sekali sang teruna tu demam pula so bantai dia membuta x sedo diri.
Alahai, dalam hati ni terasa sayunya xde orang nak teman makan roti nan cheese ni then sang teruna bangun ke toilet jam 3am, aku pula tersedar konon2 perasan sang teruna nak ajak pi makan roti nan cheese aleh2 sang teruna masuk bilik sambung tidor. Ampon... sedih pon ado.

Nak dijadikan cerita, lepas 2-3 malam dari malam kejadian kat atas tu, sang teruna pon ngajak sang dara pi makan roti nan cheese...hamboi, kemain laju aku bersiap...zass dah siap. HAHAHA semangat hokey nak makan roti nan cheese. 

Kedai makan pertama kami pi jalan kaki je sekali dia cakap roti nan cheese xde jual, then terus pi ambil kereta kat parking menuju ke kedai yang ke-2, memula tanya, mamat tu cakap ada...owh, aku punya excited siap cakap dengan hubby, cepat2 parking kereta...sini ada roti nan cheese, excited hokey...sekali datang adik sorang yang tukang masak tu cakap...kak sini roti nan cheese xder lah kak, tosei pon xder kalau roti canai, roti bomb ada. (punah harapan ... rasa nak nangis dengar).

Meneruskan perjalanan mencari roti nan cheese, singgah kedai mamak yang ke-3.
Kali ni singgah malas nak berharap dah, sentap dengar kalau xder roti nan cheese tu. HEHEHE
Sampai2 terus tanya counter, x tanya pelayan dah...sakit hati punya pasal.
Boss...roti nan cheese ada jual ka??
Ada, berapa mau bungkus??
Wah!! rasa nak lompat bintang terus cakap kat hubby, parking kereta sini ada jual roti nan cheese =)

Ni rupa roti nan cheese kat kesai mamak ni.
Gebu hokey... rasanya 3/4 roti semua aku yang makan. HAHAHA bukan sebab lapar tapi sebab nak menikmati rasa gebu roti nan tu sendiri. Betul kata Anne, x tau nak gambarkan rasa sedap roti ni macam mana...ape pon TQ Anne memperkenalkan saya dengan roti nan cheese.

Eh! korang biasa makan eh?? sorrylah, aku baru pestime makan ni tu yang over excited.
HEHEHE, eleh...my hubby pon x pernah makan. KAHAKHAKH so fair ler kan.

Besar mulut ko dik, tu pasal potpet2 x renti...

Little angel =p

Untunglah ko dik, abang2 xder kalau x..hem berkongsi le korang.

So sweet
Owh!! indahnya syurga cinta dunia.
Ni kalau abang Aryan nampak, mau perang dunia. HEHEHE
Thank to my darling, melayan tekak ni sampai dapat. HEHEHE now terasa2 nak makan roti nan cheese lagi tapi takut sebab cheesekan. HAHAHHA


Thanks for visiting =D 
Ok babai.

Friday, December 26, 2014

Bila Iman bershopping.

Assalamualaikum! 
 Hari ni naksembang pasal budak Iman ni.
Last month kami ke expo baby, saja jalan2 naik train berdua beranak so bila gegel je yang outing makanya bolehlah beryoyo ye ^_^.
Ramainya orang...

Banyaknya deorang shopping.

Deorang Q up utk ambil goodies beg.
Aku x koserlah kan sebab panjang bebenor some, Iman x naik stroller takut in Q, dia pula berlari-larian ke mana2...bahaya =)
*Untuk keselamatan bersama...baik x yah nak bergoodies beg bagai =)

Niat hati pi sini nak rembat botol susu TT 5oz je sekali ke booth dia, SOLD out...melampau.
Yang tinggal size 9oz, aku beli gak pastu decide balik x nak pakai sebab Iman nyusu kerap jenis minum susu sekali habis tapi banyak kali repeat so biasa minum 5oz sekali hadap habis ni nak hadap 9oz...memang muntah-belilah jawapnya...

Lepas siap2 kat booth TT tu terus melilau2 jalan2 cuci mata the singgah pula kat booth Comfort Baby.
Kat booth ni lagi syiok, alhamdulillah siap2 tinggal duit kat rumah kalau x, nangislah nak tahan nafsu shopping.
Muahaha...saya suka shopping ^_^

She love / like this one.
Kat sini shopping lagi, beli botol susu.
Kali ni beli size 5oz yang bersesuaian dengan feeding quantity si Iman.
The best is...Iman pilih sendiri... amboi ko Iman, kemain pandai tunjuk pilihan hati kenn...

Kecoh nak carry gak botol susu baby confort ni.

Nampak tak???
Tuuu diaaaaaaa, dia nak stroller ni.
Seriusly, kalau apaknya ada or kalau duit x tinggal kat rumah memang sangat confirm aku sambar stroller ni.
Hello, murah gila hokey... kalau x silap rege dia offer RM699. NP dalam 1k+, separuh tau...

Muka minta simpati nak suh beli stroller ^_^
Bila budak ni dah out of control siap tarik2 my jeans bagai, ajak balik sampai x nak...siap duduk belakang stroller tu, tunjuk nak sangat dengan stroller tu, makanya kite acan dia dengan botol susu baru... HEHEHE
Agak2 dia lepa dengan botol baru tu, cepat2 aku dokong bawa tempat lain. HIKHIKHIK.

In meanwhile, apaknya msg gak suh beli dulu pakai duit sendiri kalau ada x pon pakai CC yang dia bagi, problemnya...duit cash aku tinggal kat tumah kalau dalam maybank tu lama dah swipe, CC dia pon memang aku tinggal gak sebab takut terjebak beli memacam. HAHAHA sudahnya kene marah jugak sebab CC tinggal, kalau kecemasan kan payah nanti.

*aku syak, penyakit shopping aku dah datang balik so tu pasal aku berusaha nak control tabiat shopping yang dah agak lama aku tinggalkan, kalau dulu sebulan minumum 1 handbag aku akan beli tapi biasanya 2pcs/month kadang menjangkau 3-4pcs/ month then kalau satu handbag harga around Rm300 kalau 2pcs dah berapa tu belum lagi kisah shopping kasut pula =)
So sebab tulah aku tinggal duit kat rumah, CC kat rumah, sekarang dalam wallet aku cuma standby dalam RM50-100 je memang x lebih dari itu kalau lebih jawapnya keluar masuk parking mall lah jawapnya =)
Begitulah saya buat treatment melupakan tabiat suka shopping. HIKHIKHIK ^_~ 


Thanks for visiting =D
 Ok babai.

Monday, December 15, 2014

PPUM sekali lagi.

Assalamualaikum! 

 
Cer tengok...cer tengok...sama x kami??
Sian angah, nasib kamulah angah oit dapat maknjang yang suka bergambar...
Muka redha dalam paksa. HIHIHI

Ni gambar sewaktu kami teman atok a.k.a my father in law kat PPUM.

Thanks for visiting =D 
Ok babai

Saturday, December 13, 2014

New Smart tag!!

Assalamualaikum! 

HUHUHU...sakit pula hati kite.
HIHIHI 2-3 hari ni, CikTa ku buat peel so kami tukar pakai kereta, pakwe ku bawa CikTa, ku drive MrB.
 Memula masuk tu, macam biasa..setting / addjust segala2 mirror yang ado peh tu pasang smart tag siap2 (kes orang malas nak singgah pondok toll lama2) raba2 tempat biasa letak, tengok kosong...LOLOLO mana smart tag daa...  baru je angkat hp nak call pakwe tetiba ku terpandang benda HITAM macam kat bawah ni dah melekat kat belakang mirror tu. SOB...SOB...SOB... argh jelesnya, saya nak gak!!
New smart tag, small and competative koo. (gambar from carian Google)
Peh tu menjakun pula...mana nak cek baki ni. HEHEHE dah puas tekan sana sini baru terasa nak tekan button merah tu...so baru nampak baki ye...sabo jelah. menjakun sangat ^_^

(Gambar carian di Google) ni yang aku pakai sekarang tapi dan kenen2 dah hints2 nak yang baru gak. HAHAHA...mana boleh dia pakai sorang2, kite nak jugak.

*bebaru ni kan..kite jumpa members card MBO dalam wallet pakwe, amboi...kemahin kennn dah ler bukan kaki wayang tapi ada card MBO, haih...x boleh jadi ni. HIHIHI...nak buat jugak!!.
**buka wallet pakwe sebab nak slot in new card SOGO replacement =)**


Thanks for visiting =D
 Ok babai.

Tuesday, December 9, 2014

Anak mak sangattt.

Assalamualaikum!

Sama tak???
Haih, anak mak dah start melaram pakai shawl mak...ate camne ni???
Lepas ni kene cari shawl kanak2 pula, kalau tidak..habislah shawl ku kene lenjan dengan budak ni.

Pakai shawl tapi spender nampak...HAHAHA, x malu =)

Ni dia bising...aku pakaikan shawl tapi ada berlebih2 xdibelit so dia sukati je selinpang gegaya membelit sabar jelah.  Kali ni pon x pin kan shawl ni, main selit2 kat bawah muka dia je =)
Shawl ni mau pula melekat cantik...kalau aku yang pakai x berpin..hmm kejap jelah dah bogel kepala gara2 shawl jatuh. HEHEHE.


Thanks for visiting =D
Ok babai.

Monday, December 8, 2014

Konsert Aryan - 4Y.

Assalamualaikum!
Hi korang...hari ni nak cerita pasal Aryan pula.
Cerita yang dah lelama...HAHAHA cerita sebelum cuti sekolah.
Kisah pasal consert sekolah dialah...
Dia kan 4y so ada pertunjukkan juga... mamat ni masuk dalam modern dancing.
Last year 3y so xmasuk dalam dancing segala sebab cikgu takut dia nangis atas stage. HEHEHE
 
Ni group aryan ready nak dancing ye.

Kalau perasan...dia kat dinding belakang line kedua . HEHEHE 

Nampak tak?? Anak ku rambut pacak hokey.
Daddy nya cakap...Aryan nak buat rambut pacak time dancing nanti...
HIHIHI, dia memang pelik sikit..kalau Irfan dulu langsung x terpacak pon. HAHAHA
(Lain anak, lain ragamnya)

Hah, budak hensom tu terselindung pula...

Ni pon sama =(

Catch you Aryan!! ni jelah yang dapat pon...meragam nak tengok show yang lain,
apaknya dah ajak balik sebab dia nak terus heading ke Terengganu lepas hantar kami balik rumah.
Sib baik lah boleh lari kejap tengok persembahan anak kesayangan dia kalau x...jenuhlah nak pujuk budak tu karang.

Main pecah belon =)


Thanks for visiting =D
 Ok babai.

Sunday, December 7, 2014

Merahnya Makcik =)

Assalamualaikum!

Hari ni nak tayang anak dara mak pula.
Kali ni, budak cenonet ni melaram pakai shawl mak pula.  Hmm kite x kasi dia bising pastu main belit2, sukati je...karnag terbelit terus baru tahu.
Dah tengok dia nak gak bersungguh nak pakai shawl tu makanya...I tolong lilitkan utk dia. 
Pheewittt.... senanglah kepala dia ni pakai shawl chiffon ni, I belit and jolok/selit bawah dagu without pin... pergh!! boleh cantik dan bertahan lama siot dia pakai macam tu siap main lelari dengan si Aryan.

Ni bukan tidor tapi silau flash kamera hp =)

Geramnya tengok awak ni Iman oit...

Nampak tak?? dia dah pegang kasut so tanda dia nak keluar rumah. HEHEHE

Dik non...dah macam nak pergi persidangan umno lah pula. HAHAHA
Ko jangan nak politik sangat ye dik non.
Geramnya tengok kening. HOHO

 
Thanks for visiting =D
 Ok babai

Saturday, December 6, 2014

Aiskrim...

Assalamualaikum!

Hai korang, lama x jumpa kat sini kan. HIHIHI
Hari ni nak tayang aiskrim pula.
Sape dah makan KFC baru tu?? A few weeks ago sempat merasa kfc baru tu...boleh lah rasa dia.
Tapikan nak cakap...Aiskrim dia memang mabeles. Sedap hoi...


Aiskrim ni sekali aku hadap licin hokey.
Ni terasa2 pula kat tekak nak makan lagi...ingat nak pi cari kat mall mesti adakan...
Nak pi carilah petang ni. Yummy...sedap!!!!

 
 Thanks for visiting =D
 Ok babai.

Friday, December 5, 2014

Rindu awak 200%

Assalamualaikum!

Rindunya kat anak bujang ku sorang ni T_T
 Tapi takpe...lagi seminggu je dia dengan Aryan kat kg pastu duduk sini balik. Weehoo, teruja nak bawa budak2 bujang ni balik sini. 

Lepas ni mesti mak ku asyik2 call cakap rumah tu sunyi. HAHAHA
Silap2 gaya ada pula kene suruh sekolah kat kg lagi haru =)

*Mood - merindu si Irfan di kg =_=*

Thanks for visiting =D
Ok babai.

Tuesday, December 2, 2014

Outing mak dan anak.

Assalamualaikum!

Wehoo... ni cerita last weekend ^_^ cerita orang bujang. HIKHIKHIK
 Anak dara mak tengah kira syiling... dia ambil dari poket kereta =)

 
Sepasang kaki yang comel.
 
Kami lepak kat OU je...sebab port tu yang paling dekat dengan rumah, lagi sesuai untuk shopping all in ada kat sini "almost" ape yang korang nak ada kat sini =)

 Yang ni kurang pasti ape tapi dia display patung2 worrior gitu, ni offer katun sushi kakalau x silap but the best is... Iman get free balloon.
 
 
Krismas nak mai dah kan so OU pon dah siap decor for krismas...
Yang ni kat new wing ye.

Dah ronda2 so singgah jap kat kedai mokcik Annes ni. sedap kuih angka 8 dia ^_^
 Beratur panjang yoo...
Yang ni nak beli kuih 8 tu untuk pre-dinner.

 
Kali ni repeat beli coklat mint and also try makan yang tabur bijan tu...sedap gak. 
Dok berebut makan bijan tu dengan iman=)

 Dah lepas dapat beli tu, baru perasan...awat anak dara cheq senyap je?? Sekali ku intai, loh! kok dah turu budak sorang ni =) senang sangat nak lelap budak ni.

So dah kebetulan sampai sini makannya kite terus lunch, senang..nanti balik rumah kite terus zzz.
 
Orang bujang punya menu. HEHEHE
Mencuba menu baru... BUTTERED CHICKEN

 
Muka anak dara mak baru bangun tidor, so terus suap nasi ayam...half pinggan habis utk dia sorang...LOLOLO kuat makan you =p

 
Macam xde gigi budak ni padahal...gigi dah penuh bersusun siap ada gigi taring lagi tu, kalau dia menggigit...mak aih, kemain sakit =_=

 
Last kopek...tunjuk gambar dengan bear yang display kat SuShi tadi.

Ape yang kami shopping?? Adalaaaa... ^_~
Rahsia orang pompuan also termasuk dalam kategori rahsia makdan anak =D
Korang...OU banyak sales koo. sana sini sales... gilalah nak shopping. 

 
 Thanks for visiting =D 
Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA