Thursday, March 13, 2014

Kiraan Fidiyah.

Hello kawan-kawan.... well hari ni nak share pasal kira2 bagi bayaran Fidiyah.
Hemm sape yang lom ganti puasa tu, bila lagi nak mula wei?? Jangan ingat ramadhan lambat lagi kite bersenang lenang yer..mana tahu Allah tarik nikmat sihat dia bagi sakit so kan dah x boleh nak ganti puasa.  Aku alhamdulillah...dah start nak ganti puasa yang sangat banyak gayanya.

Pregnant tahun 2012 - Bulan ramadhan tahun tu kebetulan ngam2 soi kene time aku muntah2 teruk siap masuk ward segala... mai imbas sat!! #throwback.  So kite puasa 30hari tolak aku puasa 1 day tinggal 29 hari yer yang perlu diganti puasa. Heww, then bulan May 2013 aku ada ganti puasa 1day then HIKHIKHIK tahun ni baru nak sambung ganti...itu ponnn lahai, sebab Iman dah besau sikit...so tahap kebergantungan kat nenen ni berkurangan sebab dia dah makan segala macam makanan kenn so dah minum air masak segala makanya, kurang nak menyusu gitu ^_^.

~MAKSUD FIDIYAH dan details~ Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184) *copy paste tau ni.

Back my story pasal bayar fidiyah yer...dalam usaha nak menghabiskan puasa ganti yang berpuluh hari tu so makanya kene ada back-up plan yer kawan =) ... so katalah, sebelum sampai ramadhan 2014 ni korang ada lagi 5hari yang belum sempat diganti puasakan so marilah belajar main kira2 yer.

5hari yang belum sempat diganti puasa sebelum datangnya ramadhan 2014.
So => 5day x Rm1.80(purata punya rate ni, sebagusnya ikut harga beras yang korang makan di rumah tu) *amboi... korang makan harga beras rm5.00 pastu nak bayar fidiyah untuk bagi makan fakir miskin komain kedeks eh nak gak pakai rate murah tu...yapadaa... x baik tau korang.  Ok2...balik tu basic story... 5daysxRM5.00(harga sekilo beras ~10kg/harga beras eg:RM54.00 for 10kg = RM5.40/kg) gitu dong kiranya... harga beras korang nilah yang korang kalikan dengan berapa hari yang x sempat ganti tu.
5days x RM5.40 =RM27.00 je pong TAPI kan!!! awas ye...tu utk overlap 1tahun hijriah kalau 2 tahun pula... Jeng!...jeng!...jeng!!!

Contoh yang sama gak, 5days left.
5days x RM5.40 x 2 yer(ni sebab overlap 2kali tahun hijriah pose korang x perabih ganti) = RM54.00 gitulah seterusnya the good news is...pose korang x berganda. HEHEHHE. Hemm malas lagi nak ganti pose?? overlap kali ke-3?? So sama je calculation dia macam kat atas cuma 2 tu korang ganti jelah berapa tahun korang overlap x ganti puasa.  Lagi lama korang x ganti, lagi banyak korang dapat bersedekah pada fakir tau =).
Secupak beras... untuk 1hari x berpuasa =)

So...masih ada +- 3bulan utk ganti puasa. Yes!! chaiyokk korang. Moh ler belajar berpuasa supaya perut x terkezuttt bila sampai ramadhan nanti =p.
Cute kan?? HEHEHHE pembakar semangat ni.


Doa ku...sampaikan daku kepada ramadhan yang akan datang ini, semoga ramadhan ni lebih baik dari ramadhan ku yang sebelum ini. AMin!!!

**Gambar adalah hasil carian di goole.
***sumber kira2 yang aku bagi seperti di atas tu adalah dari ~SINI~ aku call je, senang dengar penerangan yang very clear, thanks a lot kepada Cik Siti yang melayan saya sebentar tadi =D

#PrayForMH370


Thanks for visiting =D 
Ok babai. 



 **Myracles Beauty - 1set RM170.00, Spray MB 1botol RM120.00, 3botol -RM260.00.FREE POSTAGE **TMS procduct is ready stock.

No comments:

Post a Comment

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers