Translate

Thursday, May 30, 2013

Konon saya bizi...

Sejak lepas beranak baru ni, adoi...timing semua kelautttt nuuu.
Bizi saya mengalahkan menteri pasola, kekadang pon sy pelik...apesal timing aku asyik xcukup je? Rasa macam nak minta time orang lain sikit buat tampong masa nak berblog.

Meh2 congak jap pasal time management.
Bangun pagi...gosok gigi... *ikut lagu irfan nyanyi.
Peh tu siapkan anak2, susukan Iman, and callow to rumah Ibu, kadang2 otw ke rumah ibu sambil panjat tangga tu pon aku boleh nyusukan Iman, awesome sangat jadi mak kannn.

Lepas tu, pickup barang aku nak callow ke opis. Sampai opis pula... tgk time, kalau sempat aku pump dulu.
Peh tu .. buat kojelah...ate kat opis kennn, xreti2 nak buat koje dah. Time tulah nak buat tu..nak buat ni, tup-tup...eh!! dah kul 10am, orait...break time. Makan lelaju nak pump lagi lepas tu.

Lunch hour pula, kalau lapo...kite makan duluuuuu!.
Lepas tu pump semula lor... selesaikan urusan wajib2 tu then sambung buat koje sampai nak balik...4.30pm, larik lagi for pump... peh tu balik.

Balik rumah...masuk je rumah, selamatkan susu dulu...siap2 masuk freezer then barulah tutup tingkap langsir bagai then ridset rumah peh tu...panjat tangga lagi ke rumah IBU. Pickup the anak2.
Masuk rumah...kalau ada permintaan nak makan baru kite memasak kalau tidak...aktivity bebas.
I bizi ngemas rumah ler...sapu bagai, layan anak2 sampai malam.

Time tidorrr.... semua tidor, jangan nak sibuk2 tengok tv.  HEHEHE, mak bagi arahan gitu.
Lepas semua tidor, wah!! luruskan urat saraf dulu then sambung lipat baju or iron baju...tengok mana yg bersesuaian, sesambil tu campak je baju dalam mesin basuh n setting n on.
Baru nak rehat, tengok jam kat tv biasanya tunjuk jam 12am =( so mak pon masuk tido...itu pon kalau Iman x hokhek2 minta susu kalau x...layan dia pula.

Bila kepala mencecah bantal...zzzzzz sampai subuh, bangun nak repeat balik ape yang buat seperti di atas...
Alahai...keletihan tu yang sebabkan saya memang payah ler nak bangun malam pump for stock =)
Kalau tanya saya...stock EBM banyak ke?? Saya akan jawap...stock EBM saya ada but supply for tomorrow feeding not more. HEHEHE. Simpan ikut keperluan je...idok nak semakkan freeser with the EBM. Aku bukan xder kat rumah pon nak EBM berlori2. HEHEHE.


Sayakah ini???


*Jangan gelak yer bila ternampak video saya and Irfan..happy watching. Nak gelak jangan kuat2, nanti i dengan.... KEHKEHKEH. Sumpah kelakar seperti mau matikk.

With Love Razila

Wednesday, May 29, 2013

Ape itu Apple Stem Cell??

Hai kawan2... ni special entry untuk orang perempuan tapikan...orang lelaki pon boleh dengar sekali...korang pon bagus kalau ambil as suppliment.

Kalau tanya sape nak muda belia? Sape nak sihat? Sape nak kurangkan berat badan? Ramai yang nak kan??? Ni ha...ku mau perkenalkan produk yang aku ambil as suppliment.

Nama product ni adalah Apple Stem Cell...
Dah nama apple so bahan utama as di extract dr buah and pokok apple itu sendiri.


Ini pula rupa isi dalam kotak tu. Sekotak ada 20 sachets... cara dia senang ya amat, uols ambil 1 sachet pagi sebelum makan n malam sebelum tidor. Settle dah...senang sangat kan...
Rasa dia camne? Rasa sedaplah ... rasa seakan2 asam boi pon ada but of coz rasa apple lah kan. Minum macam tu je...koyak sachet tu dan minum, xperlu nak bancuh dgn air k.

Nak tau khasiatnyer?
  1. mengurangkan berat badan tanpa rasa letih, lesu dan penat.
  2. mengatasi masalah selulit dan kulit kendur.
  3. melicinkan dan mencahkan kulit
  4. menganjalkan kulit dan awet muda *mesti ramai yang suka ni*
  5. berupaya memulihkan sistem kardioviskular
  6. mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetis
  7. melegakan penyakit sendi
Fakta lain pasal apple....
  • mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolestrol yang tidak baik.
  • memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak mencantikkan kulit sekali gus mengatasi penuaan.
  • menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.
Harga sekotak is RM185 (SM) & RM195(S&S) - FREE postage lagi.
Kalau nak try...boleh email saya ye =)


With Love Razila

Tuesday, May 28, 2013

2 hari sebelum...

Memula...
Tayang muka anak2 yang supa dupa  hansem,  kalau x hensom  acam aron aziz pon xper asalkan mereka di mata ku tetap hensam =)

Disebabkan rasa mcm nak dekat dah hari2 bergelar ibu baru semula, so gigih juga membawa dua beradik ni outing utk terakhir kalinya...memang dah cakap siang2 dengan depa, ni last tau kite outing lepas tu duduk rumah je sebab mami tak sihat.

Masing2 say ok... outing dekat2 je yer anak2 supaya anithing happen boleh laju ke PMC ye :)
Well kite terjah ke Tesco Extra Mutiara Damansara...nape pi sini?? Syiok wow, parking satu tempat, hem visit ler korang ke mall sebelah2 tu, banyak tempat boleh pergi =)

Ni kami layan aiskrim kat Natural New Zealand, aiskrim dia sgt sedap!
ish! terasa-rasa ditekak ni. Disebabkan ni outing terakhir, makanya i decided to layan aiskrim ni twice...buat bekalan di dalam pantang. nyummi....

Lihatlah... masing2 ada feveret aiskrim... =)


*entry ini adalah entry yg terperam...hihihi, jangan marah haaa!


With Love Razila

Thursday, May 23, 2013

Selamat Hari-hari Ibu!...

Selamat hari2 hari ibu buat mak saya Siti Fatimah Binti Hj Ridzuwan.
Hari ibu ke hari bapa ker, idokler nyambut bebenaw. Ni pon secara kebetulan.

Mak I kan dah 2weeks duduk kat ward nuu, so kekonon nak happy kan mak pastukan..tekak aku ni terasa-rasa nak makan kek so nak dijadikan cerita best...
Sabtu- xdapat visit mak sebab kene attand kenduri kat relative sebelah cik darling 
- kene entertain gak, xkan dok melekat kat family sendiri je kan...unfair.

So ahad tu semangat nak visit mak, nak beli kek, 
dah pula baru perasan Ahad is sambutan hari ibu sebab perasan... kek banyak habis =)
Lepas beli kek, lelaju ke sepital...
Sampai sepital...mak saya rupanya orang paling happy, sebabnya....
~ abah dah sampai dari kampong
~ aku mai dengan adik aku siap bawa kek bagai
~ mak aku boleh discharges in same day
LOLOLO... suka sangat mak aku tu dapat balik rumah...rindu rumah katanya.
I love u mak and abah forever. Amin!!

i'm try to be the best daughter in your life...

Sayang Mak and Abah selamanya...
For all mommies.. happy mother's day for every single day =)

With Love Razila

Wednesday, May 22, 2013

Program for cuti2 sekolah??

Alohaaa... cuti sekolah nak mai dah kan??
So anak korang macam mana?? Dah start jadi cacing kepanasan??
Irfan saya dah start berzikir tepi telinga mak ni dok tanya... soklan yang de bom sangat...
Mummy, cuti sekolah ni...kite nak bercuti gi mana eh?? Berapa lama mummy cuti??
Mie...(dengan suara manja k) kite gi Legoland nak??
Jom lah mie... kite gi seminggu ke.

Hamboi anak aku kan... pi legoland seminggu...ko nak baik pulih ke mainan yang rosak?? komain duduk kat situ lelama??
Emm ni otak tengah ligat berputar, nak bercuti pi manalah gamaknya nak bawa budak2 ni.

HUHUHU... mak sudah pening pikir, tanya apaknya, sorry I'm bizi lah yang =(



Tetiba I rasa macam ni.... *pinjam dari google ni*

Xper...malam ni kene pikir semula... planing yang dekat2 je kot kalau nak pergi without apaknya.
Mana eh??
Ke sini kah??? LEGOLAND
Or ke sinikah??? GH
Or duduk rumah saja???
HAHAHHA....


With Love Razila

Tuesday, May 21, 2013

Majlis Aqiqah Wildan...

Yeah!! ahad yang lepas2 xtau berapa kali lepas =), berkesempatan untuk merai majlis aqiqah anak saudara cik darling.
Venue: Desa Vista, Sepang.
Kebetulan cik darling xder aktiviti di hujung minggu so makanya... i pon kasik hint sama dia pasal majlis aqiqah kat rumah abang longnya, saja bagi hint and xde nak berharap dapat ke sana...
Al-maklumlah...bila asyik kerja je, hujung minggu yang free biasanya cik darling akan qadaq tidor and bayar qadaq untuk bersosial bersama kami =)

Pasal hint tadi... tup2 mamat tu cakap "jomlah kalau nak gi aqiqah anak Sahir...cepat siap" wee hoo, rasa nak lompat bintang jam2 tu gak. Happy kan... bila dapat memenuhi undangan kak long, mari pula kak long sendiri yang call menjemput, sebelum tu wife sahir pon jemput gak dalam IG then si Nana (adik sahir) pon menjemput sekali... aku je berat mulut nak cakap xdapat join sebab cik darling yillek (dia sepatutnya ke Tampin & Gemas in same day majlis aqiqah tu).

Dan kite anak-beranak pon cecepat bersiap...alah kadar je.
HIKHIKHIK...lelaju siap sebab takut last minit cik darling ubah pikiran...xleh caya sangat tu, mana tau kot boss dia call minta mai Tampin...haru kami wei =)

Kami sampai...majlis almost finish, ate...last minit nak kemari makanya banyak ler agenda di rumah kene siapkan sepantas kilat gituu.

Si Nana with Iman, anak sedara cik darling yang study di Bintulu Sarawak.
Ni dia pestime jumpa Iman...suka =)
Rindu pada awak ler Nana =D
Tetiba rasa nak suh awak buat gyiomi, mau kah???

Cantik kan buaian berendoi dia...

Time kami mai...Wildan tengah tidor kat bilik atas, meragam katanya...
maybe panas nak x cukup rest kot.

Ni...Si Wildan Uqail, gitu2 bunyi nama anak Sahir ni...ada maksud tapi aku lupa wow ^_^
Dia dah bangun tadi...tapi masih ngantuk lagi...bila bubuh dalam buai tu...sambung balik melena.

Comel sangat lah awak ni Wildan, and jangan xtau...hero Sahir ni, 30days dah masuk shooting drama PILOT CAFE...korang jangan lupa tengok tau...tau...


Last sekali...gambo I with Iman and Wildan...
LOLOLO yang my daughter look so slim??

Iman born : 26/02/13
Wildan born : 01/03/13

Ada gaya nak dapat twin tak??
HOHOHO


With Love Razila

Monday, May 20, 2013

3 hari sebelum...

Anak-anak saya ^_^

Ini adalah gambar mereka 3hari sebelum saya melahirkan Iman. Mata saya teringin nak lihat depa pakai baju melayu kaler merah ni.... terasa2 macam lepas ni takut x dapat tgk mereka lagi =(.

Layankan je mata ni....bukan kene bayar pon nak suh depa pakai baju ni. Bila pakaikan baju ni, masing2 ingat nak gi kenduri... hihihi kelakar je budak2 ni tau. Anak2 ku punya setting mind, kalau pakai baju melayu tu tanda nak gi kenduri =)

Saya rasa... anak saya macam sangat hensem (^_^) berbaju melayu merah ni, awesome sangat tau. Kat mata mak...anak2 mak memang hensem =)

Bila tengok gambo ni... nampak close sangat tapi bila di reallity, ya ampon... bergusti sesaja. kalau x Irfan yg start dulu, Aryan memang feveret membuli si abang.
  
Pendek kata...malanglah sape2 yang jadi my neighbour, memang hari2 boleh dgr suara tarzan aku versi Melayu yer. mak ni memang singa lapar sikit ^_^ Apa pon... mummy sayang uols banyak-banyak.


With Love Razila

Friday, May 17, 2013

Ihsan Si anak =)

Diam tak diam dah nak masuk 3 bulan aku meninggalkan alam pergnant. Sometime rasa rindu gak nak merasa tendangan anak dari dalam perut. Rutin sekarang ada pumping.

Jom imbas memori silam...


Time anak2 menghulurkan tangan kecil mereka untuk urut kaki momi yang sembab itu.

Indahnyer kenangan itu,
terima kasih anak2...
love u guys :


With Love Razila

Monday, May 13, 2013

Car seat...

Hello kawan2..
Nak tanyalah pendapat korang kan...
Biasa kalau ikut undang2 car seat kene letak belakang kan...kan...
Aku ada problem sikit ni...

My Iman, suka cranky bila aku driving...dia suka nangis...so fokus aku tu kadang2 ke laut sikit...yer arr cer korang bayangkan, kite kat depan, dia kat belakang...peling koman...sure nak pandang belakang jap utk sembang2 dengan dia...make her cooldown bagai.

Kalau letak depan...dia more dekat dgn aku...boleh nampak aku directly... kalau dia nangis pon...at least xderlah aku nak tertoleh ke belakang nak pujuk kan...tapi x safety kan baby duduk depan.

Aku seperti dalam dilema...nak safety for baby but aku hilang fokus on the road or nak baby aku duduk side of me but not so safe for her??

Aku cilok ni dari google... pink lagi. HAHAHA

Yang mana satu eh yang terbaik?? So far masih lagi keluar ber4 anak beranak... lom pernah keluar berdua with Iman, temporary... my boys tu yang tolong handlekan si adik walau pon kekadang depa pon naik give up...

Hai lah Iman...be a good girl boleh??
Love u sayang...


With Love Razila

Salon time =)

Yeah!!! selepas habis hari a.k.a habis pantang 44 hari, makanya... otak ligat berpikir untuk berjalan2 dengan rasa tenangnya=).

1st, kite gi salon k. Rambut  I ni dah macam berus dawai kerasnya. 2bulan x menyalon memang ler rasa sengsara ya hamat. Anak2 kite hantar siap2 rumah nanny, then kite lelaju ke salon ya.

Menyalon kite.... argh! lega sangat rasanya dapat salon rambut.

Salon yang biasa aku buat treatment rambut tu tutup...so aku gi another salon yang biasa gak aku gi buat treatment rambut, pon tutup gak. Haih, cuak sangat dah ni...aku kejar masa pula time ni, sudahnya aku aci redah je masuk salon cine ni. 

Not bad gak lah service dia. Indon staff dia. Dia ni aku rasa memang dah biasa kot buat barber ni sebab time dia serve aku ... tuptup regular customer dia mari daa so dia tukar dengan member dia untuk settle kan urusan aku...dia pi buat rambut minah tu.

Aku ingat bila tenang2 nanti nak try buat treatment kulit kepala dengan dialah kalau ok baru nak try buat rebonding pula. Hehehe... tunggu dan nantikan rambut terkini daku. 
Salon ni aku kene rm28 untuk cuci and blow, murah kan???
Ahaks!!! daaa.





With Love Razila

Thursday, May 9, 2013

Jom kita mengundi =)

HEHEHE...sure sangat korang masih terasa kehangatan PRU13 kan..kan..
Meh!, aku share my own experiance.

Hari ini dalam sejarah...
Sejarahlah sangatt kann...
Dah 5 tahun meninggalkan aktiviti pangkah memangkah ni... then 05.05.13 is the day I keluar memangkah untuk kali ke-3.

Syiokkann... teruja pun iya juga.
Then awal2 kami sekeluarga balik kg. YUP! weols mengundi di kampong halaman okey.
Jom layan!!

As usual... Aku adalah di saluran 3 sesaja since dari 1st time mengundi. Xper...moh kite memanjat tangga yer... cara2 membakar lemak gitu.

Sila baca...hehehehe, heading memanjat tangga.

Udah sampai atas... moh kite beratur pula =)
Don't potong2 Q, x baik tau. Sabar...your turn sampai gak.

Meh kite imbas kenangan silam...
Well, kalau uols nak tau, tempat aku mengundi ni adalah sekolah agama ku dari aku standard 1-6 tau.
Banyak suka-duka kat sekolah ni, ramai kawan2 aku kat sini.
Masjid ni adalah port solat Asar kami =)
Argh!...indahnyer kenangan itu.

Ni adalah kantin sekolah saya =)
Teringat2 bayam goreng dia...nyummi, nasi lemak yang kadang2 keras xberapa masak. HEHEHE.

Nyeh...nyeh...nyeh... Saluran 3.

Saya and Iman...sib baiklah Iman x meragam...
Amboi kau Iman, 2 bulan ko dah sampai tempat mengundi eh, ko belajar ye??
Bagus...jadilah rakyat yang menunaikan tanggungjawapnya =D

Bila tak de kerja...meh main snap2...free je kan...

Ini pula...
Menginai pakai dakwat yoo.

Baca ni...
UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Inilah rupa kertas undi yer...
Eh salah ke snap gambo ni?? X de kan... sebab I tak pangkah lagi, KAHKAHKAH
Dun : Sg Burong
Parlimen : Tg Karang.
* Ape motip declare???

I dah lepas yer...so uols Q and sabar yer...anda akan dilayan sebentar lagi. HAHAHA

Ramai kan...
Depan tiang bendera tu is tempat perhimpunan kami...alahai, rindunya pada kenangan itu.

Ni petang selepas mengundi...ni je yang tinggal..
Kata, permenant???

Kesimpulan yang boleh aku buat.... mengundi is time to mengimbas kenangan silam zaman kanak-kanak.

With Love Razila

Friday, May 3, 2013

Amponkan kami mak!!...

Terpanggil nak meluah rasa kat sini. HUHUHU
Sebenarnyakan...kan...kan... saya dah tipu mak saya.
Last ahad, saya balik kg...sebab utama balik kg, nak pujuk and bawa mak saya mai Sg Buloh.
Nak bawa mak ke hospital sg buloh sebab mak saya tak sihat.

Sesi memujuk pon berlangsung...kesudahnnya mak saya berkeras xnak pergi hospital, Baik..nak ke klinik bayar saja katanya. Ok...fine. Kami pon pakat adik-beradik, bawa mak pi klinik bayar. So ke Sekinchan... bagus, klinik 24jam pon tutup..xpernah dibuatkan, klinik 24jam boleh tutup pula.

So ke Tg Karang kite, terus pergi ke Klinik Arul, amboi...punya ramai manusia, udah rupa macam kat emergency Hospital Tg Karang =(.  Menunggulah kami selama 1jam lebih utk sampai giliran...ngokngak2 dengan doktor...kebetulan dapat dengan doktor pakar dr Sg Buloh. Cun, senang cerita. Minta surat refer to Hospital Sg Buloh.

Petang tu, mak berkeras xnak ke hospital gak tapi aku tipu mak...aku cakap dengan mak, doktor cakap nak masukkan ubat antibiotik terus melalui drip. Tu je..no potong2 kaki.
Yup!, my mom ada kencing manis, so kat kaki dia ada luka...dah 2weeks kene tapi berkeras xnak ke hospital sebab takut kene potong. HUHUHU.

Sebagai seorang anak, rasa bersalah tetap ada sebab menipu mak kan...walaupon utk kebaikkan mak sendiri. Finally... mak saya dah almost seminggu admitted and kaki tu dah recovery well and alhamdulillah mak makin sihat =) saya happy sangat and hope so lepas ni mak akan jaga kesihatan mak baik2 yer.

Saya sayang mak saya...tu pasal saya tipu mak saya sebab kalau saya cakap betul2, mak saya akan bermati-matian xnak ke hospital. Saya tak nak mak saya cacat lagi sebab kencing manis ni =(

Kami sayang mak selamanya, walaupon kadang2 kite tak sependapat...tapi kami tetap sayang mak (^_^).
from google yer...

With Love Razila

Thursday, May 2, 2013

Anak-anak ku (^_^)

Cerita pasal anak2 adalah neber ending, kadang2 naik malas nak bercerita sebab letih arr mak nak taip story mereka ni tapi kan... kadang2 rasa rugi wow kalau x update.
Sape2 yang ada blog kan... cer korang baca balik entry yang lalu... 
ape perasaan korang eh??
Ada rasa happy, rasa sedih, rasa marah, semua ada =)

Meh! sambung potpet pasal my boboy ni, saja membawa depa pi shopping.
Teman mak ler beli barang2 dapur gitu.
Yang sioknyer... cer korang tgk betul2.
HEHEHE... 1 safety belt share berdua daa. Ni kalau ikut hukum ni, salah wow tapi what to do, it's better dari depa x pakai langsung kan..kan..kan.. =)


* Cer teka...my angel kat mana?? HEHEHE, angel tinggal sorang2 =)


Lepas balik shopping baru angkat my angel.
Lepas tu, teruslah buat kerja rumah... bila angel dah start hokhek2, mintalah Irfan tolong tengok2kan...
Memula tu dengarlah dia potpet2 dengan si Angel tup2 aku xdengar suara dia, dengar suara Angel je.

Bila ku intai2 di hadapan...rupanya bukan irfan yang jaga Iman, Iman yang take care Irfan.
Si Irfan dah selamat jalan...
Hai lah Irfan, kesian tgk awak yang lena sebelah adik yang tengah potpet2 =)

Thanks Irfan, u are good boy.
Jangan tanya Aryan mana...sebab dia awal2 dah sampai syorga =D


With Love Razila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA